Thursday, 15 May 2014

Jauh di mata, dekat di hati

Makanan tradisional kaum Bidayuh sentiasa menjadi penarik untuk pulang ke kampung halaman. Semewah mana hidangan yang disajikan, sajian tradisi tetap menjadi pengiring sajian
.




Monday, 12 May 2014

Musim Kemuncak

Ikan keli, udang galah, ulat mulung, tupai dan lain-lain hasil eksotik merupakan alasan utama penduduk yang menetap di bandar untuk pulang ke kampung. Ada juga pengunjung yang sanggup menyewa bot demi kepuasan aktiviti mereka. Malah ada yang sanggup menghabiskan cuti bersama rakan-rakan untuk pergi:
1. Memancing (minuak)
2. Menjaring (mukat)
3. Memasang perangkap tupai (to'ond tiluang)
4. Memburu (nawak)
5. Menyuluh malam (mencari haiwan pada waktu malam) (nyiluk)
6. Memancing malam (Bibandam)
7. Pasang bubu (To'ond Iju)
8. Melastik (matek)

Segenap lapisan umur dan jantina turut terlibat dalam aktiviti tersebut. Yang hebatnya, musim kemarau atau banjir bukanlah penghalang. Kemarau rezeki, banjir pun rezeki.
Maksud Bahasa Bidayuh/Istilah dalam video:
1. Sumuk Kaliab (nenek Kaliab)
2. Sumuk (nenek) 
3. Umangk (sampah)
4. Kowok (letih)
5. Ikiand Palua (Ikan Toman)











Sunday, 11 May 2014

Feri:: Perahu Tambang

Penduduk perlu menaiki perahu tambang untuk menyeberang sg. Kayan dengan bayaran RM0.30 seorang dan RM1.00 jika membawa motosikal. Namun ada lagi alternatif lain  untuk memasuki kampung Selampit jika hendak membawa kenderaan....ingin tahu lebih lanjut..ikuti post selanjutnya....

Tuesday, 6 May 2014

Kampung Selampit Lundu

  Kampung Selampit terletak kira-kira 70km dari bandaraya Kuching Sarawak. Penduduknya berbangsa bidayuh.

Sejarah asai usul nama Kampung Selampit

Nama Selampit adalah sempena perkataan 'Apit' yang bermaksud "di antara" dan perkataan "PENGAPIT" iaitu orang yang mengiringi pengantin. Dari sudut geografinya iaitu melalui tinjauan udara, Kpg Selampit diapit oleh 2 batang sungai iaitu Sg Batang Kayan dan Sg Jawong...Oleh yang demikian, nenek moyang telah menamakan Kpg Selampit sebagai "Kupuo Slapit" yakni Kampung Selampit. Antara moyang yang sempat mewawarkan kisah ini ialah "Nyoma Kanah" (Penghulu Kampung yang pertama). Beliau juga adalah antara orang yang pertama membuka dan menetap di perkampungan ini. Beliau berasal dari Kpg Raso, tidak jauh dari Kpg Selampit, tidak hairanlah ramai saudara mara penduduk kampung ini dari Kpg Raso.



                                                                   
.